Publication:
Persepsi Peniaga Terhadap Kawalan Tikus Yang Dijalankan Di Pasar Moden Seksyen 6 Dan Seksyen 16 Shah Alam, Selangor

Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
In Malay : Pasar merupakan salah satu kawasan di perbandaran yang sering menjadi kawasan hurungan atau infestasi tikus dan masalah ini sering dilaporkan di media massa. Tikus juga merupakan makhluk perosak bukan sahaja boleh merosakan malah adalah punca merebaknya penyakit. Menjadi tanggungjawab peniaga di pasar-pasar untuk mengawal kehadiran tikus ini ke pasar-pasar bagi memastikan kawasan premis pasar mereka selamat. Kajian ini dijalankan bagi melihat persepsi para peniaga dalam mengawal kehadiran tikus di pasar. Kajian ini melibatkan 56 orang responden iaitu peniaga dari dua kawasan kajian iaitu Pasar Moden Seksyen 6 dan Pasar Moden Seksyen 16, Shah Alam. Kajian menggunakan borang soal selidik dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social (SPSS) versi 21.0. Statistik deskriptif seperti frekuensi, min dan sisihan piawai digunakan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan pemboleh ubah yang dikenalpasti dan paling dominan dalam kawalan tikus oleh responden. Dapatan kajian menunjukan perancangan pemasangan perangkap tikus adalah aspek yang paling dominan iaitu min keseluruhan adalah 4.05 (SD = 0.648) berbanding aspek lain. Dapatan kajian juga menunjukan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (α = 0.05) antara Pengetahuan Berkaitan Tikus (p = 0.676), Perancangan Pemasangan Perangkap Tikus (p = 0.666), Pembersihan Pasar dan Rekabentuk (p = 0.138) dan Kerjasama dengan PBT (p = 0.616) dengan kawasan pasar moden berkaitan. Oleh itu disarankan agar para peniaga meningkatkan lagi kesedaran berkaitan kawalan tikus. PBT pula perlu meningkatkan lagi promosi pendidikan kesihatan berkaitan kawalan tikus. Kerjasama yang lebih baik amat digalakan antara peniaga dan PBT agar perkara yang dirancang dan dilaksanakan dapat dilakukan dengan sempurna. In English: The market is one of the areas in the municipality that is often an area of rat infestation or infestation and this problem is often reported in the mass media. Rats are also pests that can not only cause damage but are also the cause of the spread of diseases. It is the responsibility of traders in the markets to control the presence of these rats in the markets to ensure that their market premises are safe. This study was conducted to see the perception of traders in controlling the presence of rats in the market. This study involved 56 respondents who were traders from two study areas, namely Pasar Moden Section 6 and Pasar Moden Seksyen 16, Shah Alam. The study used a questionnaire and the data was analysed using Statistical Packages For Social (SPSS) software version 21.0. Descriptive statistics such as frequency, mean, and standard deviation were used to identify the level of effectiveness of the identified and most dominant variables in mouse control by respondents. The findings of the study showed that the planning of the installation of rat traps was the most dominant aspect, the overall mean was 4.05 (SD = 0.648) compared to other aspects. The findings also showed that there was no significant difference (α = 0.05) between Rat-Related Knowledge (p = 0.676), Rat Trap Installation Planning (p = 0.666), Market Cleaning and Design (p = 0.138) and Cooperation with Local Authorities (p = 0.616) with relevant modern market areas. Therefore, it is recommended that traders further increase their awareness regarding rat control. Local authorities need to further increase the promotion of health education related to rat control. Better cooperation between traders and local authorities is encouraged so that the planned and implemented things can be done perfectly.
Description
Keywords
Rat control, Cooperation of Local Authorities, Markets, Diseases, Rat traps
Citation